Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mempertahankan tindakan seorang pegawai Imigresen yang mempersoalkan seorang individu yang didapati tidak fasih berbahasa Melayu semasa mahu memperbaharui pasportnya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Johor baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, tindakan yang diambil pegawai berkenaan disebabkan kemungkinan wujud syak wasangka terhadap status kewarganegaraan individu berkenaan.

“Mungkin ia berlaku kerana penampilan individu itu telah menimbulkan syak wasangka. Sebelum ini KDN pernah membuat kajian tentang warganegara mendedahkan syarat kuasai bahasa itu juga menjadi syarat utama bagi beberapa buah negara termaju dunia seperti di Singapura, UK, Amerika Syarikat.

“Kalau tak boleh faham bahasa tempatan memang tidak layak memohon. Di Malaysia sudah terpahat dalam Perlembagaan bahawa bahasa Melayu (BM) adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa lain bebas dipelajari dan digunakan. Jadi asasnya di situ.

“Kewajipan seseorang warga untuk kuasai BM itu, tak boleh kompromi, kalau insiden itu berlaku dan sebab itulah perlu faham BM supaya tidak timbal syak wasangka,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Setahun KDN Madani dan Perhimpunan Bulanan KDN di Parcel D hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden tular membabitkan seorang wanita yang mendakwa diherdik selepas anak perempuannya didapati tidak fasih berbahasa Melayu semasa memperbaharui pasport di UTC Johor.

Tambah beliau, dalam perkembangan sama Saifuddin juga memberi contoh insiden yang pernah berlaku apabila timbul syak wasangka terhadap seorang individu kerana mirip muka tidak menyamai ibu bapa dan siasatan kami membongkarkan berlaku penipuan yang mana individu itu memiliki MyKad dengan menggunakan dokumen palsu.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. yang ni aku sokong menteri dalam negeri…kalau mengaku rakyat Malaysia kenapa tidak pandai berbahasa Malaysia?

    • Pelik bin ajaib.. Adakah budak ini tidak bersekolah sedangkan pelajaran Bahasa Malaysia diwajibkan disetiap sekolah dan dalam peperiksaan di negara ini.

  2. Pelik bin ajaib.. Adakah budak ini tidak bersekolah sedangkan pelajaran Bahasa Malaysia diwajibkan disetiap sekolah dan dalam peperiksaan di negara ini. Setuju dgn Menteri

  3. Tinggal kat India kena cakap India…
    Tinggal kat China kena cakap cina…
    Tinggal kat Malaysia tapi tak panda cakap Melayu…
    Can not brain… Lu pikir la sendiri!

  4. Tinggal kat India kena cakap India…
    Tinggal kat China kena cakap cina…
    Tinggal kat Malaysia tapi tak pandai cakap Melayu…
    Can not brain… Lu pikir la sendiri!

Comments are closed.