Noor Azleen Ambros

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyambut baik pengumuman pucuk pimpinan melantik Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, ketetapan yang dibuat atas semangat permuafakatan itu disambut dalam suasana penuh kerukunandiihat suatu tanda aras ketokohan dalam kepimpinan tertinggi UMNO Johor.

“Berhadapan iklim politik negara yang saban hari diselubungi keberantakan dan pergeseran, UMNO Johor telah menampilkan teladan terbaik sekaligus mengulangi penegasan buat kesekian kalinya bahawa tidak ada yang lebih tinggi dan lebih utama daripada kepentingan Johor Darul Ta’zim.

“Dengan permuafakatan yang akan mengukuhkan lagi sinergi di antara kepimpinan Kerajaan Negeri dan UMNO Johor ini, adalah menjadi harapan bahkan dambaan ramai bahawa ianya akan menjadi pencetus kepada Johor yang maju, stabil dan makmur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain Onn Hafiz, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat juga diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baharu berkuat-kuasa serta merta.

Pelantikan dua jawatan itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di menerusi Facebooknya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Onn Hafiz, Rozi Mamat dilantik pengerusi UMNO negeri – Asyraf