Foto FB Khatul Anuar

KUALA LUMPUR – Penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar Md Jalil sah mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Harimau Kumbang selepas dua musim menabur bakti sebagai benteng terakhir pasukan berkenaan.

Berita berkenaan dimaklumkan sendiri oleh penjaga gawang berusia 26 tahun tersebut di platform X.

Dia tampil memberi penghargaan kepada barisan pengurusan dan kejurulatihan Harimau Kumbang.

“Terima kasih pengalaman bersama pasukan ini 2002-2003. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dari segi pengurusan, staf kejurulatihan dan pemain.

“Semoga pasukan ini jadi yang lebih baik di masa depan. Terima kasih untuk segalanya Penang FC,” tulisnya.

Khatul yang tiba ke bumi George Town pada musim 2022 bagi untuk membina semula kariernya di Liga Malaysia (Liga M) selepas hanya memanaskan bangku simpanan bersama Kuala Lumpur (KL) City FC untuk saingan 2018 hingga 2021.

Dia berjaya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Penang FC untuk musim 2022 dengan tampil dalam 12 perlawanan.

Musim 2023 bagaimanapun bukan tahun yang memuaskan untuk Khatul apabila dia hanya diturunkan untuk dua perlawanan bersama Penang FC dan selebihnya, penjaga gol muda, Azfar Arif mendapat kepercayaan pengendali Chong Yee Fatt, dan penolong jurulatih, Manzoor Azwira Abdul Wahid sebelum kedua-dua mereka direhatkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast