Drama Syurga Itu Bukan Mudah pernah didakwa memaparkan babak berunsur lucah.

KUALA LUMPUR – Tayangan babak berunsur lucah dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah kini hangat diperkatakan dan mendapat kecaman netizen.

Menerusi babak tersebut, Amir Ahnaf yang memegang watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita yang berada di bawah meja pejabat Amir yang seterusnya bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.

Potongan babak tersebut tular selepas dimuat naik oleh netizen dalam TikTok sehingga menerima kecaman hebat.

Ramai yang terkejut bagaimana sebuah drama Melayu kini semakin berani menormalisasikan babak-babak berunsur lucah atau ‘double meaning’ dalam drama atau filem tempatan.

Ini kerana babak sebegitu  tidak sihat dan mudah mempengaruhi penonton khususnya golongan bawah umur.

Malah ada meminta tindakan tegas diambil ke atas pelakon dan penerbit drama itu.

Selain Amir dan Anna, drama arahan Eyra Rahman itu turut dibarisi oleh Alya Iman, Dynas Mokhtar dan Fadhli Masoot.

Drama rantaian ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ terbitan Global Station Sdn Bhd itu diarahkan oleh Eyra Rahman.
Drama itu ditayangkan di slot MegaDrama mulai 4 Disember lalu setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. This drama kinda trash. Sorry ya. Tipical drama malay. Awal2 mcm entah apa2 kena paksa kahwin, unsur lucah tu sangat jelas ye walaupun dia nak highlight masalah dalam masyarakat sekarang tentang call girl. Tapi please la. Awal2 tengok dari first episod, i see nothing value in this drama. Stop normalising sexual content in drama too much.

Comments are closed.