Petugas unit vektor Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja penyemburan asap di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Menara City One untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi naik sebanyak 302 kes dengan satu kematian kepada 2,988 kes bagi tempoh 26 Nov hingga 2 Dis 202 berbanding 2,686 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 302 kes (11.2%).

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga tempoh itu adalah sebanyak 111,417 kes berbanding 58,239 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 53,178 (91.3%).

Manakala sejumlah 84 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 39
kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada minggu tersebut adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 79 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Dari 95 lokaliti yang dilaporkan, 71 lokaliti di Selangor, 10 lokaliti di Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak (8), Sabah (4) serta masing-masing di Johor dan Sarawak.

Antara punca peningkatan kes denggi adalah disebabkan peningkatan curahan hujan berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL).

Keadaan ini boleh menyumbang kepada peningkatan bekas berpotensi pembiakan nyamuk Aedes. Masyarakat disarankan bersama-sama melakukan tindakan pencegahan.

Bagi survelan chikungunya, terdapat empat kes dan satu wabak aktif.

Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 192 kes.

MAnakala bagi survelan zika, sebanyak 3,479 sampel darah dan 379 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast