Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Kongres Ekonomi Bumiputera 1965 telah melahirkan pembentukan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Mara pula telah melahirkan jutaan anak-anak Melayu-Bumiputera yang berjaya.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, apabila berjaya taraf ekonomi dan kuasa beli Melayu-Bumiputera meningkat, peniaga bukan Melayu juga turut maju dan mendapat manfaat besar.

Ia kerana majoriti rakyat memiliki kuasa beli yang tinggi.

Oleh itu, katanya, tiada sebab untuk pertikaikan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera.

Penganjuran kongres itu mahu menilai keberkesanan segala pelan tindakan dan memperhalusi segala strategi dalam memastikan tahap sosio-ekonomi kaum majoriti terus diperkasakan agar mampu bersaing dengan kaum-kaum lain secara sihat dan positif, ujarnya. – MalaysiaGazette