Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) gembira dengan pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ke jawatan Menteri Kesihatan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengekalkan kuota parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

“Sebagai Presiden Parti Amanah, saya amat gembira terutama sekali atas pelantikan Datuk Seri Dr Dzulkifley Ahmad, bekas Menteri Kesihatan yang membawa kejayaan yang baik semasa 22 bulan menjadi menteri, sekarang dikembalikan ke Kabinet.

“Di Amanah, kita kekal dengan dua menteri penuh, dua timbalan menteri dan saya mengharapkan Kabinet ini akan menjalankan tugas yang terbaik dikehendaki oleh Perdana Menteri,” respons beliau kepada rombakan kali pertama kerajaan perpaduan, hari ini.

Mohamad dikekalkan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sementara kerusi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diberikan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sebelum ini jawatan itu dipangku Datuk Armizan Mohd Ali sebelum dilantik sebagai menteri.

Amanah dalam pada itu diberikan kerusi Menteri Kesihatan yang sebelum ini disandang Dr Zaliha Mustafa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast