Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan anjing unit pengesan (K9) sedang memeriksa lokasi penemuan satu rangka manusia dalam keadaan tidak sempurna di tebing Sungai Malim, Taman Gadong Perdana, Melaka petang semalam

MELAKA – Satu rangka manusia ditemui dalam keadaan tidak sempurna di tebing Sungai Malim, Taman Gadong Perdana, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan kira-kira 5.20 petang oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

“Susulan laporan itu, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan anjing unit pengesan (K9) bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Melaka mengesahkan rangka tersebut adalah rangka manusia dalam keadaan tidak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Keadaan satu rangka manusia ditemui dalam keadaan tidak sempurna di tebing Sungai Malim, Taman Gadong Perdana, Melaka petang semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, separuh daripada rangka itu telah tertimbus dengan daun dan tanah.

“Rangka manusia itu dipercayai telah diangkat naik dari sungai terbabit oleh jengkaut yang sedang membuat kerja-kerja pembesaran sungai.

“Siasatan lanjut di lokasi bagaimanapun tidak menjumpai identiti si mati selain tiada sebarang unsur-unsur jenayah,” katanya.

Tambah Christopher, rangka terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast