Presiden PULSE, Dr Puvaneaish Subramaniam (tengah).

KUALA LUMPUR – Persatuan Usahawan Logistik Semenanjung (PULSE) menyeru kerajaan agar pengusaha dan pemain industri logistik kecil dan sederhana (PKS) menumpukan usaha memberi pendedahan transformasi digital.

Ia perlu dilakukan menerusi latihan agar sektor tersebut tidak terabai daripada segi teknologi, kata Presiden PULSE, Dr Puvaneaish Subramaniam.

Menurutnya, pendedahan dan kesedaran digitalisasi bakal membuka ruang perdagangan yang lebih besar di samping peluang besar kepada pemain industri logikstik PKS dalam memacu pembangunan negara.

“Buat masa sekarang, pemain logistik PKS belum ada pendedahan digitalisasi ekoran ketiadaan platform untuk melatih mereka. Antara penambahbaikan digital yang kami harapkan ialah seperti penyediaan platform digital, sistem berasaskan cloud dan integrasi e-dagang.

“Dengan itu, industri logistik PKS mampu meningkatkan kecekapan operasi, proses yang lebih tersusun, mengurangkan keperluan tenaga kerja dan meningkatkan kelebihan persaingan,” katanya pada majlis makan malam PULSE baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu dalah Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, K. Saraswathy.

Mengulas lanjut, Puvaneaish menggesa kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan memperkasa PULSE sebagai pusat latihan untuk mendigitalkan industri logistik.

Beliau juga menyentuh isu kekurangan kemahiran dan latihan sebagai berada pada tahap yang membimbangkan di mana sektor ini terpaksa bergantung kepada pekerja asing sehingga terpaksa berkompromi dengan etika kerja.

“Oleh itu, PULSE bercadang untuk membuka pusat latihan sehenti yang bukan hanya membolehkan program latihan yang kerap dan bermanfaat tetapi juga menampung mesyuarat masa depan dengan pegawai yang berkaitan dari badan pengawa lselia,” katanya.

Sementara utu, Sarawathy pula berkata, kementeriannya menyasarkan untuk meningkatkan daya saing perniagaan PKS, serta koperasi dengan memperkukuhkan pasaran domestik dan memudahkan penyertaan mereka ke dalam pasaran global melalui pengantarabangsaan usahawan.

“Kami berhasrat untuk meningkatkan sumbangan PKS ke dalam keluaran domestik kasar sebanyak 41 peratus pada tahun 2025 berbanding 38.4 peratus ketika ini.

“Industri logistik antara yang mempunyai potensi besar untuk PKS,” katanya yang turut mengambil perhatian terhadap cabaran pemain pengangkutan dan logistik yang semakin parah tatkala Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast