Mayat remaja berusia 15 tahun berjaya ditemui selepas lemas ketika mandi bersama rakanyta di lombong dalam kejadian hari ini. Foto: IPD Kuala Langat.

KUALA LUMPUR – Keterujaan seorang remaja lelaki mandi bersama beberapa rakannya di sebuah lombong di Bandar Saujana Putra, Selangor, hari ini, berakhir dengan tragedi apabila beliau ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu pada jam 10.28 pagi.

Katanya, semasa kejadian pengadu yang merupakan agen insurans bersama rakannya sedang memancing ikan berhampiran kawasan kejadian bergegas ke lokasi setelah mendengar jeritan beberapa individu meminta tolong untuk menyelamatkan mangsa yang lemas semasa mandi.

“Pengadu kemudian menghubungi MERS 999 sebelum pasukan polis, ambulans dari Hopsital Banting dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian tersebut.

“Unit Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) juga tiba ke lokasi sebelum memulakan usaha mencari dan menyelamatkan (SAR) mangsa yang dikhuatiri lemas dalam lombong tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Ridhwan, pasukan SAR berjaya menemui mangsa yang berusia 15 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mangsa dibawa naik ke daratan.

“Pegawai Perubatan dari Hospital Banting yang memeriksa mangsa telah mengesahkan remaja itu telah meninggal dunia di lokasi,” ujarnya.

Tambah beliaum polis telah mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast