Foto yang dikongsi oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang menyelamatkan orang awam akibat serangan tentera udara Israel.

GAZA CITY – Jumlah rakyat Palestin yang maut akibat serangan tentera penceroboh Israel di Gaza kini mencecah 18,787 nyawa.

Jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra berkata, seramai 50,897 orang lain juga cedera dalam serangan Israel bertalu-talu Israel.

“Sekurang-kurangnya 179 orang terbunuh dan 303 yang lain cedera dalam beberapa jam lalu,” tambah jurucakap itu semasa sidang akhbar.

“Sebilangan besar mangsa kekal di bawah runtuhan dan di jalan raya,” kata al-Qudra.

Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu bermula dari utara dan kini di seluruh di wilayah Palestin tersebut. – Agensi