Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dinobatkn sebagai pemenang anugerah Yang Amat Berhomat Menteri Besar Pahang pada Anugerah Pahang 1st pada malam tadi

KUANTAN –  Harapan rakyat kepada pentadbiran kerajaan negeri Pahang semakin tinggi, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Berikutan itu, katanya, penjawat awam di negeri itu tidak boleh terlalu selesa, sebaliknya mereka perlu berubah menjadi lebih baik dalam menggalaskan amanah yang diberikan dalam memberi perkhidmatan terbaik.

“Ibarat  seperti mak ayah hantar anak ke sekolah, mengharapkan didikan cikgu kepada anaknya. Samalah seperti kita penjawat awam dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Dengan beban kerja yang bertambah, perubahan landskap perkhidmatan awam dengan disokong perkembangan teknologi digital yang semakin cepat berkembang, serta peningkatan ekspektasi tinggi daripada rakyat

“Ia menuntut kita untuk melakukan inovasi berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis Augerah Pahang 1st, malam tadi.

Dalam memenuhi aspirasi tersebut, menurut Wan Rosdy, organisasi kerajaan perlu sentiasa memastikan pembudayaan kerja yang cemerlang dalam pelbagai aspek perlu dilaksanakan di semua peringkat dan warga kerja.

Tambah beliau, hasrat tersebut mampu dicapai berdasarkan kejayaan demi kejayaan yang telah diraih terutamanya dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, sekali gus membawa pulang RM50,000 sebagai hadiah utama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast