KUALA LUMPUR – Pertahanan kanan Sabah FC, Rizal Ghazali mengakui kontraknya bersama kelab itu akan tamat pada musim ini.
Pemain berusia 31 tahun itu turut mengesahkan akan berhijrah ke pasukan lain bagi saingan musim hadapan dengan keutamaan diberi kepada pasukan di Semenanjung.
Ini kerana dia dia mahu memberi tumpuan menjaga orang tuanya yang sudah tidak sihat.
“Ada yang cakap saya balik ke Kedah. Gambar yang tular saya dan Baddrol (Bakhtiar) tu adalah mahu menubuhkan pasukan di DUN (Gurun) dia.
“Saya pun dah habis kontrak untuk tahun ini tapi saya belum tahu hala tuju saya.
“Ada tawaran tiga ke empat pasukan tapi saya belum sahkan lagi sebab saya fokus di Sabah dahuluAda tawaran tiga ke empat pasukan, tapi saya belum sahkan lagi sebab saya fokus di Sabah dahulu,” kongsinya lagi,” katanya dalam satu rakaman di TikTok.
Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengaitkan Rizal untuk kembali menyarung jersi Kedah Darul Aman FC.
Pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad juga telah membuat satu ciapan di laman X seolah-oleh menanti kepulangan seseorang ke bumi Darul Aman.
“Selamat kembali ke Darul Aman,” coret Hafizal ringkas di laman X miliknya.
Musim ini merupakan musim yang begitu bermakna buat Rizal apabila dapat beraksi di Piala AFC bersama Sabah.
Selain itu, dia telah berjaya meledak dua gol dan menghasilkan tujuj bantuan gol dalam 31 perlawanan bersama Sabah dalam kesemua kejohanan musim ini. – MalaysiaGazette