Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi (ME) 50 didapati meningkat 62 peratus daripada minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 97 peratus adalah daripada kategori 1 dan dua.

Kes baharu adalah 20,696 kes iaitu peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME 49/2023.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 151 kes di mana 96 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes kematian sebanyak 28 kes dengan kadar kematian 0.1 peratus,” katanya dalam sidang media di kementeriannya hari ini.

Jelas Dr Dzulkefly, jumlah kematian tertinggi adalah dalam kalangan kes yang berumur 60 tahun ke atas adalah 85 peratus dan yang mempunyai komorbiditi adalah 93 peratus.

Dalam pada itu, pihaknya berharap peningkatan kes ini dapat ditangani tanpa perlu mengulangi aktiviti sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pernah digerakkan oleh kerajaan sebelum ini.

“KKM berharap agar situasi ini dapat ditangani tanpa perlu mengulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku pada awal pandemik Covid-19,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast