KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menetapkan perjumpaan keluarga penghuni sempena sambutan Hari Krismas pada 27 dan 28 Disember 2023.
Kebenaran ini kepada keluarga semua penghuni penjara beragama Kristian termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.
Menurutnya, terdapat dua kaedah perjumpaan iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian bermula pada 29 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Bagi keluarga yang memilih kaedah bersemuka, mereka perlu mematuhi syarat-syarat
berikut yang ditetapkan iaitu:
1. Waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
2. Membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sample dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.
3. Pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.
4. Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni. Makanan dan minuman boleh dibeli di kantin penjara.
5.Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara. Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan
penerimaan.
6. Pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.
7. Seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga.
8. Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja melalui tiga kaedah tempahan iaitu:
i. Sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my
ii. Panggilan telefon di institusi berkenaan dan
iii. E-mel atau surat ke institusi berkenaan.
Jabatan Penjara akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat. – MalaysiaGazette