Dr Akmal Salleh

MELAKA – Cadangan pemimpin DAP supaya kerajaan mengadakan pillihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) umpama provokasi sengaja terhadap status quo persefahaman di antara kaum yang dikecapi selama ini.

Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh berkata, DAP yang sudah berada dalam kerajaan Perpaduan tidak seharusnya membuka ruang yang akan melebarkan rasa tidak senang dan pesimis dalam kalangan masyarakat.

Kenyataan-kenyataan sebegitu jelasnya, seolah mempunyai mesej tersirat yang hendak disampaikan malah percaya Kerajaan Perpaduan sendiri juga tidak selesa dengan tindakan itu.

“Berada di dalam kerajaan yang sama tidak bermaksud boleh bersetuju dalam semua perkara kerana kerajaan ini bukanlah kerajaan DAP, sebaliknya ia dibina dengan kehadiran UMNO.

“Segala keputusan yang melibatkan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu kami Pemuda UMNO tidak akan sedikit pun berganjak apa lagi mengalah,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai ketika berucap dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur supaya kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Ia susulan rombakan Kabinet baru-baru ini yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata pilihanraya PBT di Kuala Lumpur jika dilakukan akan mewujudkan ketidakseimbangan yang sudah boleh dijangka kesudahannya.

“Ini kerana demografi penduduk bedasarkan bancian di Wilayah Kuala Lumpur adalah seramai 1,588,750 orang dan daripada jumlah itu hanya 45.9 peratus merupakan penduduk Bumiputera.

“Selama enam dekad Malaysia ditadbir berdasarkan konsensus dan kemuafakatan serta disokong dan disenangi oleh majoriti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ini lah cita² / cara mereka selama ini untuk mendapatkan status pemerintahan / pemilikan di bandar² . sudah tentu pilihanraya PBT itu akan dibolot oleh mereka…selain melayu..apabila PBT di penuhi oleh mereka bumiputera akan kehilangan kuasa…sejarah akan berulang seperti Singapura.

Comments are closed.