KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 lagu berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) selepas hari ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) berlangsung semalam.
Paling ditunggu kemunculan semula yang kali terakhir bertanding di pentas AJL edisi ke-23 pada 2008 menerusi lagu Dingin.
Namun kali ini Ziana akan muncul berduet dengan bakat Hasif Upin menerusi lagu Waktu.
Lagu-lagu lain yang mara ke AJL38 adalah Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul, Sutera (Aisha Retno), Santai (Naqiu), Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Astana (Ernie Zakri) dan Darah (Marsha Milan).
Turut mara ialah Kalam (Shiha), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Bintang (Heal Husaini) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).
Santai nyanyian Naqiu dipilih sebagai Lagu Terbaik pada hari ketiga SFMM38 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
Tidak hanya itu, lagu berkenaan turut menjadi pilihan kategori Pilihan Alha Alfa dengan hadiah wang tunai RM2,000.
Kelayakan tiga penyanyi iaitu Marsha, Aina dan Ernie ke AJL38 turut menjadi perhatian apabila mereka dijangka peserta kegemaran merebut kategori Vokal Terbaik.
Kesemua lagu yang mara ke AJL38 diadili juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Iris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.
AJL38 bakal berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada tahun depan.
Hari ketiga SFMM38 turut diserikan dengan persembahan kumpulan Search dengan lagu Pelesit Kota. – MalaysiaGazette