Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Anugerah Buku Negara 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.

TANJUNG MALIM – Kerajaan mengumumkan peruntukan RM25 juta bagi menambah baik dan kapasiti tempat penginapan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi menyelesaikan masalah penginapan pelajar yang tidak mencukupi.

“Ia supaya kita boleh luluskan peruntukan sebelum akhir tahun ini, dan boleh fasa pertama boleh bermula.

“Ia melibatkan ubah suai bilik penginapan supaya lebih ramai pelajar boleh masuk sementara menunggu satu blok baru (penginapan pelajar) ditambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Anugerah Buku Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, di sini, pada Khamis.

Berita selanjutnya menyusul. – MalaysiaGazette