KUALA LUMPUR – Jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai 27 Disember 2023 sehingga 12 Januari 2025 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja merobohkan jambatan susur (ramp) dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata, sebagai alternatif pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan lencongan melalui Jalan Sg Besi, Jalan Foss, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.
Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda di lokasi serta arahan dari pihak polis trafik, sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. – MalaysiaGazette