ventilator KKM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes Covid-19 meningkat sebanyak 29.5 peratus kepada 22,413 antara 17 hingga 22 Disember 2023 berbanding 17,307 kes antara 10 Disember hingga 15 Disember.

Namun, jumlah kes kematian Covid-19 menurun sebanyak 23.1 peratus kepada 20 kes berbanding 26 kes.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengisiam katil bukan kritikal juga meningkat kepada 1.5% dan katil unit rawatan rapi (ICU) naik kepada 3.6%.

Bagi vaksin Covid-19, hanya 50 orang menerima dos penggalak pertama manakala 120 orang bagi dos penggalak kedua.

Secara kumulatif sehingga 22 Disember 2023, hanya 16,347,130 penduduk Malaysia (50.1%) telah menerima dos penggalak pertama dan 828,686 (2.5%) dapat dos penggalak kedua.

Dr Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi Covid-19 dan mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.

KKM turut menasihatkan orang ramai mengamalkan penilaian dan kawalan kendiri termasuk kebersihan diri bagi mengelak dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast