Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima seramai 1,108 guru baharu.

Jumlah itu terdiri daripada siswazah dari universiti awam dan swasta.

Daripada jumlah tersebut, seramai 422 orang guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 orang guru di sekolah menengah berkuat kuasa pada 28 Disember 2023.

JPNS dalam kenyataan hari ini menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menempatkan guru-guru baharu itu.

“JPNS turut menyatakan penghargaan atas sokongan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) dalam membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak.

“JPNS akan sentiasa bekerjasama erat dengan pihak KPM, SPP dan semua pemegang taruh pendidikan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak dapat diatasi,” katanya dalam kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette