Bekas pemain tengah Terengganu FC II (TFC II), Nur Azfar Fikri Azhar. Facebook Perak FC.

KUALA LUMPUR – Perak FC muncul pasukan awal untuk terus mengorak langkah dalam memperkuatkan The Bos Gaurus (TBG) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Skuad Seladang kini berjaya mendapatkan dua pemain Liga M iaitu bekas bek kiri Negeri Sembilan FC (NSFC), Tommy Mawat Bada dan pemain tengah Terengganu FC II (TFC II), Nur Azfar Fikri Azhar.

Selepas mengikat dua pemain dari skuad Jang dan Sang Penyu, kem Perak FC dikhabarkan akan menyambar satu lagi pemain yang musim ini dipinjamkan ke Kelantan United FC.

bekas bek kiri Negeri Sembilan FC (NSFC), Tommy Mawat Bada.
“Selepas tamat tempoh pinjaman bersama Kelantan United, Faiz Nasir dikhabarkan akan bersama Perak FC untuk musim 2024,” tulisnya di Facebook. – MalaysiaGazette