LANGKAWI – Pengunjung pantai Lagoon Kuala Teriang di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di pantai tersebut hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 3 petang.
“Hasil siasatan membawa kepada penemuan identiti mangsa iaitu Shafie Abdullah, 30, beralamat di Kampung Paya Mengkuang di sini.
“Selain itu, pemeriksaan fizikal ke atas mayat itu tidak menemui sebarang kecederaan mahupun unsur yang berkaitan jenayah.
“Sehubungan itu, mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasatan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette