Gambar hiasan

KOTA BHARU – Tiga kes kematian akibat banjir direkodkan dalam tempoh monsun timur laut bermula 21 Nov hingga semalam (25 Dis).

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kes terbabit melibatkan seorang kanak-kanak lelaki di Kubang Kerian, Kota Bharu dan dua kanak-kanak perempuan di Pasir Mas.

“Empat lagi kes kematian adalah mangsa mati lemas dan mati mengejut, bukan akibat banjir,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki turut menasihatkan orang ramai agar cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan serta sentiasa berwaspada dan patuh pada arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Orang ramai juga diingatkan terutamanya golongan remaja bermotosikal untuk tidak pergi ke tempat banjir dan berpesta kerana perbuatan tersebut akan mengundang risiko kemalangan selain mengganggu kelancaran kenderaan petugas sekali gus akan merencatkan kerja menyelamat serta perpindahan mangsa banjir,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast