foto IQBAL BASRI, 01 NOVEMBER 2018

PETALING JAYA – Petronas Dagangan Berhad (PDB) menjangkakan isu bekalan diesel akan berterusan sehingga 31 Disember ini.

Petronas dalam kenyataan hari ini mengakui beberapa stesen minyak di bawah kendalian syarikatnya sedang menghadapi kehabisan stok diesel.

“PDB ingin memaklumkan bahawa beberapa stesen Petronas di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel dan isu ini dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2023.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman web syarikat berkenaan.

PDB bagaimanapun memberi jaminan kepada pengguna bahawa syarikat itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bagi meminimumkan gangguan tersebut.

“Untuk bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi Mesralink di talian 1300888181. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda,” katanya. – MalaysiaGazette