JOHOR BAHRU – Mayat warga Singapura yang hilang ketika mandi di Pantai Desaru Coast, semalam telah ditemui awal pagi ini.
Mayat Tan Lee Thong ditemui orang awam kira-kira 5 kilometer dari lokasi dia hilang kira-kira 5.30 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan bomba dan penyelamat Johor berkata, mayat telah diserahkan kepada polis.
Mangsa yang berusia 49 tahun dilaporkan hilang semasa mandi bersama anaknya.
Anaknya yang berusia 16 tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai. – MalaysiaGazette