Pemain import Kedah dari Tajikistan, Amirbek Juraboev.

KUALA LUMPUR – Pemain import dari Tajikistan, Amirbek Juraboev mengucapkan ucapan perpisahan kepada semua pihak pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Menerusi Instagram miliknya, dia memberitahu ia sesuatu yang sukar buat dirinya untuk berpisah dengan KDA FC selepas mengharungi musim yang baik di bumi Hijau Kuning itu.

“Assalamualaikum kepada semua, ia sesuatu yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi ini adalah sebahagian daripada kehidupan bola sepak.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, terima kasih kepada pemain, jurulatih dan pihak pengurusan.

“Selamat maju jaya kepada semua orang, semoga berjaya Kedah dan semoga ALLAH melindungi anda semua.

“Semoga kita berjumpa lagi, paling penting terima kasih kepada semua penyokong kami,” tulis pemain berusia 27 tahun itu.

Dengan ucapan perpisahan ini, maka Amirbek menjadi pemain pertama yang sah tidak lagi bersama Kedah musim depan.

Sebelum ini, Kedah dilaporkan hanya mengekalkan seorang pemain import iaitu Manuel Ott kerana mahu merombak kembali pasukan bagi saingan musim depan.

Bersama Kedah, Amirbek beraksi sebanyak 23 perlawanan Liga Super dan sempat merekodkan enam jaringan bersama Sang Kenari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast