Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kumpulan mencuri motosikal dengan tertangkapnya empat individu, termasuk dua perempuan, di Jalan Bukit Kemunting Batu 8, Selangor, semalam.

Mereka dipercaya aktif mencuri motosikal di kawasan Ampang Jaya, Serdang dan Sepang sejak tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kira-kira jam 4.30 pagi Selalsa lalu, pengadu didapati meletakkan motosikalnya jenis Yamaha Y125ZR di kawasan parkir di Kampung Tasik Permai, dekat sini, dalam keadaan baik berkunci.

“Namun, namun kira-kira lima jam kemudian iaitu pada jam lebih kurang 9.30 pagi pengadu mendapati motosikal yang diletakkan di kawasan parkir itu telah tiada.

“Pengadu yang bimbang mula mencari di sekitar flat perumahan tersebut tetapi tidak jumpa kenderaannya itu dan mengsyaki motosikalnya telah dicuri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Azam, bertindak atas maklumat itu, pada pada jam 1.25 pagi semalam, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas empat individu itu.

Tambah beliau, Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan umur 28 tahun hingga 49 tahun ditahan itu tidak bekerja.

“Semakan polis mendapati suspek pertama tidak mempunyai sebarang rekod lampau, suspek kedua mempunyai lima rekod jenayah manakala suspek ketiga dan keempat masing-masing memiliki 16 dan 13 rekod kesalahan jenayah lampau.

“Pemeriksaan ke atas kesemua suspek itu berjaya membawa kepada rampasan empat buah motorsikal, topi keledar, pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk mencuri motorsikal, telefon bimbit, komputer riba, no pendaftaran dan pelbagai kompenan motorsikal disyaki terlibat dengan kes yang disiasat,” ujarnya.

Mohd Azam berkata, semakan terhadap motorsikal yang dirampas mendapati ia dilaporkan hilang di daerah Ampang, Serdang dan Sepang.

Katanya, siasatan mendapati suspek menggunakan modus operandi yang menyasarkan motorsikal yang diletakkan di kawasan terbuka untuk dicuri.

Jelasnya, kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 1 Januari depan untuk membantu siasatan polis di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri motorsikal,

Tambah beliau, akta tersebugt memperuntukan hukuman penjara minimum setahun dan tidak melebihi tujuh tahun selain boleh dikenakan denda. – MalaysiaGazette