Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR – Aura dan pencapaian cemerlang Datuk Lee Chong Wei sepanjang kerjayanya nyata terus dikagumi.

Justeru bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menagih sentuhan bekas pemain nombor satu dunia itu sebagai rakan pelatih kepada pemain-pemain kebangsaan menghadapi cabaran 2024.

Menurut Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, walaupun bukan sebagai jurulatih, kehadiran Chong Wei dilihat mampu menyemarakkan semangat pemain apatah lagi selaku ikon pemain muda.

“Bukan sahaja sparring tetapi dari segi perkongsian pengalaman beliau, strategi idea daripada beliau tentu akan membantu pemain kami, jadi sudah pasti kami alukan tawaran beliau,” ujar Kenny.

Keperluan untuk sentuhan Chong Wei dalam kem kebangsaan ini diusulkan sendiri pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.

Rexy dikhabarkan paling gembira apabila legenda itu menerima tugas berkenaan dengan tangan terbuka, selepas dia sendiri menghubungi dan menerangkan kepentingan peranan berkenaan.

Difahamkan Chong Wei tanpa menyatakan persetujuan kerana beliau sebelum ini pernah turun ke gelanggang, bersama-sama pemain beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong bagi menjalani latihan dengan pemain negara. – MalaysiaGazette