Shafruddin Ali (kanan) ketika membuat tinjauan di SK Temai, di Pekan hari ini

PEKAN – Sekolah Kebangasaan (SK) Temai merupakan satu-satunya sekolah yang masih belum memulakan sesi persekolahan tahun 2024 akibat bencana banjir di negeri ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Profesionalisme (SPP), Shafruddin Ali berkata, sehingga kini air termenung di persekitaran sekolah tersebut masih berada pada paras 0.48 meter (m) menyebabkan sekolah itu masih belum boleh beroperasi.

Menurutnya, paras air masih tinggi dan dikhuatiri mengancam keselamatan nyawa warga sekolah berkenaan termasuk 15 orang guru.

Justeru 128 pelajar sekolah rendah itu telah memulakan kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sejak 2 Januari lalu dijangka memulakan sesi persekolahan secara bersemuka selewat-lewatnya minggu kedua Januari.

“Proses PdPR dijalankan agar pelajar tidak tercicir pembelajaran. SK Temai akan beroperasi minggu depan.

”Sekiranya masih belum boleh beroperasi, para pelajar akan ditempatkan di PPS Balai Raya Temai Hulu untuk mengambil Ujian Akhir Semester Akademik (UASA),”  katanya ketika ditemui media ketika membuat tinjauan di SK Temai hari ini.

Sementara itu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membantu untuk mengepam keluar air daripada kawasan persekitaran sekolah bermula petang ini.

Sebelum itu, beliau bersama 45 Sukarelawan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turun padang membantu bergotong-royong membersihkan Sekolah Menengah Kebangasaan (SMK) Paloh Inai hari ini.

SMK Paloh Inai dijadualkan beroperasi seperti biasa esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast