Keadaan seorang wanita dibunuh kejam apabila kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipotong sebelum disumbatkan ke dalam tong sampah dan dibuang di longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka Ahad lalu.

ALOR GAJAH – Seorang wanita dibunuh dengan kejam apabila kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipotong sebelum disumbatkan ke dalam tong sampah dan dibuang di longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, lebih menyedihkan mayat wanita dianggarkan berusia 20-an itu dibiarkan tanpa pakaian sebelum ditemui orang awam di kira-kira pukul 2 petang.

Superintendan Arshad Abu

“Mayat tanpa pakaian dan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lokasi kejadian seorang wanita dibunuh kejam apabila kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipotong sebelum disumbatkan ke dalam tong sampah dan dibuang di longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka Ahad lalu.

Tambahnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga terdekat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.

“Mereka juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 065562222 atau Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Supritendan Ali Hanafiah Hashim di nombor 019-9536277,” katanya. – MalaysiaGazette.