Difahamkan koperasi itu juga mempunyai keahlian lebih 1,000 dan jangkaan kerugian mangsa yang belum tampil kira-kira lebih RM70 juta.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, setakat ini pihaknya telah menerima aduan 30 orang dan ramai lagi dalam proses untuk tampil dengan penipuan oleh koperasi yang juga menawarkan pelbagai skim pelaburan berkonsepkan Islam bagi tarik mangsa Melayu.