Sesi bergambar bersama pemenang dari tiga fakulti, termasuk FST, FPBU, dan FKP.

NILAI – Pertandingan akhir Showcase Minecraft Kampus Barakah Challenge (MKBC’23) yang berlangsung di USIM di sini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim berkata, program tahunan siri kedua dianjurkan di bawah pimpinan Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) dan Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL).

“Saya melihat penganjuran ini bukan hanya penting untuk menguasai kemahiran digital tetapi juga untuk mampu berfikir secara kreatif dan inovatif.

“Terdapat juga peserta yang memasukkan elemen e-gamifikasi yang bertemakan bahasa, sejarah, falsafah, dan sebagainya. Oleh itu, perkara seperti ini mampu meningkatkan minat pelajar untuk mendalami pengetahuan tersebut.

“Saya berharap agar pelajar-pelajar terus menguasai bidang yang diceburi, kerana itu merupakan tugas utama pelajar di samping aktif menyertai mana-mana aktiviti,” katanya pada majlis perasmian penutupan pertandingan MKBC’23 baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Radhi turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang menjayakan MKBC’23 dan mengharapkan program itu diteruskan lagi pada masa akan datang.

Menurutnya, program yang bertemakan USIM cemerlang, USIM disayang itu mendapat penyertaan dari pelbagai fakulti dan Pusat Tanggungjawab serta enam kumpulan layak menyertai pertandingan tersebut.

Beliau berkata, pertandingan MKBC’23 tersebut berlangsung di Ruknu Arabiy, Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia, di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast