KUALA LUMPUR – West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) melanjutkan pelaksaan lencongan trafik sementara bagi laluan motosikal ke laluan kecemasan utama di Lebuhraya Shah Alam (LSA) di kedua-dua arah KM 22.7 – 23.1 dan KM 24.0 – 24.3 (Arah Timur) serta KM 24.3 – 24.0 & KM 23.1 – 22.9 (Arah Barat) sehingga 17 Februari ini.

Menurutnya, pelaksanaan lencongan trafik sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping – Banting) dijalankan.

Pengguna LSA adalah dinasihati berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi yang berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja ini. – MalaysiaGazette