Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan kunci bangunan Penjabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan Barat kepada Pengarah JAIP, Datuk Dr Zulkifle Ali Al-hafiz baru-baru ini

KUANTAN – Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan Barat yang mana pengurusanya merangkumi kawasan Mukim Kuala Kuantan 2 dan Lepar bakal beroperasi awal Februari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr. Zulkifle Ali Al-hafiz berkata, penyerahan kunci dilakukan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada 15 Januari lalu.

”Bangunan bagi aras bawah melibatkan kaunter urusan pelanggan, unit operasi berada  di aras 1, serta  aras 2 pula unit pentadbiran dan bilik mesyuarat utama,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bangunan dua tingkat di yang terletak di Jaya Gading itu dimiliki Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 2021 dan JAIP menerima peruntukan RM1.2 juta untuk kos ubahsuai.

Antara unit di bawah kelolaan PAID Kuantan Barat terbahagi kepada unit penguatkuasaan, masjid dan surau, penyelidikan dan halal, takmir, pendidikan dan KAFA, pentadibiran dan kewangan, dan dakwah. – MalaysiaGazette