Sekitar majlis perasmian TVET Place & Train UTeM@KPT baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tampilkan formula strategik menerusi TVET Place & Train UTeM@KPT bagi menawarkan 25,000 peluang penempatan pekerjaan bergaji premium buat graduan.

Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, TVET Place & Train UTeM@KPT merupakan formula khas yang dibangunkan UTeM ini digerakkan melalui empat inisiatif kerangka utama yang terdiri daripada JELITA UTeM@KPT, UTeM-Industrial Playground, Industry-MTUN Cyber Security Consortium dan National Industrial Career Expo (NICE@UTeM).

Program berimpak tinggi ini juga dilihat sebagai gerbang kebolehpasaran graduan “serampang empat mata” sejajar dengan konsep Ekonomi Madani di samping membantu komuniti menangani masalah pengangguran serta menyuntik pertumbuhan ekonomi mampan nasional.

“Inisiatif pertama menerusi JELITA@UTeM@KPT melahirkan 60 peratus tenaga kerja wanita dalam industri Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mana uniknya JELITA memberi penekanan kepada ‘high TVET’ menerusi kursus atau persijilan profesional Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) atau melibatkan badan-badan profesional.

“Sehingga kini JELITA telah mengorak langkah dengan sebanyak 2,700 pendaftaran direkodkan serta beberapa kursus ‘high TVET’ dilaksanakan melibatkan ‘machine learning’ (pembelajaran mesin) dan kecerdasan buatan (AI),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Massila berkata, UTeM-Industrial Playground pula merupakan inisiatif berteraskan “Work-Based Learning” antara UTeM bersama lebih 200 buah syarikat industri pelbagai peringkat multinasional dan menyediakan lebih 10,000 peluang kerja TVET.

Antara program kerjasama yang dijayakan adalah seperti “Teaching Factory”, “R&D Laboratory”, “WBL”, “2u2i”, Pusat Kajian “(research centre)” dan “3u1i” yang akan mewujudkan satu ekosistem industri dalam universiti.

“Agenda ini melengkapkan mahasiswa dengan kemahiran yang menepati kehendak industri bersama pekej nilai tambah kepada graduan bagi memenuhi syarat gaji premium,” kataya.

Mengulas mengenai inisiatif ketiga, beliau berkata, selari dengan Niche Area UTeM iaitu Advanced Manufacturing and Computing Technology maka UTeM telah diberikan mandat mengetuai Platform ketiga iaitu Industry-MTUN Cyber Security Consortium yang berperanan utama memberdaya kemahiran dan kemampuan pelajar-pelajar MTUN dalam bidang Cybersecurity bagi memenuhi hasrat negara dengan untuk membekalkan 25,000 tenaga kerja dalam bidang ini.

“Akhir sekali, inisiatif keempat ialah National Industrial Career Expo (NICE@UTeM) dengan kerjasama Talentbank dalam TVET Place & Train UTeM@KPT menepati konsep “industry relevant” dan “job ready”.

“Ia kerana mendapat sambutan hebat daripada pelbagai pihak industri dengan jaminan peluang pekerjaan ditawarkan di dengan tawaran Gaji Premium(lebih RM 4,000.00) buat graduan di samping melonjakkan peratusan kebolehpasaran graduan lebih 97 peratus,” ulasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program itu menzahirkan betapa serius dan komitednya UTeM dalam merealisasikan hasrat KPT dan negara berkaitan kebolehpasaran graduan.

“Untuk makluman umum, UTeM menduduki tempat keempat bagi peratusan kebolehpasaran graduan Ijazah Pertama bekerja dalam bidang yang sama dan tempat ke-2 seluruh IPTA bagi peratusan kebolehpasaran graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam bagi tahun 2022.

“Melalui TVET Place & Train UTeM@KPT ini, kita menyasarkan 100 peratus graduan bekerja dalam bidang menjelang 2030 nanti,” katanya.

Program TVET Place & Train UTeM@KPT yang berimpak nasional ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast