Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah.

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah mengaku usaha mempertahankan Universiti Tenaga National (UNITEN) dilakukan pihaknya seperti didakwa Menteri Besar Pahang.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah sebaliknya mengucapkan  terima kasih kepada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berusaha sehingga berjaya mengekalkan UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah daripada ditutup.

“Kita nampak MB berusaha dan bersuara tidak bersetuju ke arah penutupan dan secara jujurnya saya gembira MB campur tangan. Kemudian disusuli hasil rundingan MB bersama pihak UNITEN dan TNB memutuskan tidak akan menutup kampus itu.

“Mana mungkin kita nak mengaku kerja kita sedangkan yang usahakan orang lain, orang sekarang boleh tahu di hujung jari. Saya ingatkan seronok  bila MB berjaya tapi ralat bila kata kami claim kejayaan itu.

“Berkenaan isu pembangkang (PN) kami yang berusaha untuk UNITEN itu memang tidak tepat, saya sekadar melakukan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Rompin,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Abdul Khalid membangkitkan isu tersebut di Parlimen pada Februari dan Oktober 2023 selain menghantar surat kepada Pengerusi TNB pada Jun lalu dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Datuk Seri  Khaled Nordin.

Justeru beliau rasa ralat atas tuduhan yang dilemparkan menerusi media sosial terhadapnya dan berharap polemik isu berkenaan dihentikan.

Jelasnya yang menjadi keutamaan adalah hab pendidikan kepada penuntut UNITEN terus berkembang sebagai insitusi yang hebat di daerah itu kepada masyarakat Rompin.

Beliau ingin melihat UNITEN menjadi institusi pilihan pendidikan dan graduan terus berkualiti memenuhi nilai kebolehpasaran.

Poster ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas usaha mengekalkan UNITEN yang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Rompin baru-baru ini

”Selama ini saya berusaha sebagai Ahli Parlimen Rompin berkaitan isu itu tetapi yang menjayakan mempertahankan kampus itu ialah MB Pahang sendiri.

”Kami PN tak pernah claim kerja orang lain tapi ada sesetengah influencer menuduh kami, janganlah berpolitik sepanjang masa.

”Saya membuat poster mengucapkan terima kasih kepada MB Pahang atas kejayaan beliau. Saya tak sangka poster terima kasih ini telah menggangu emosi Datuk Seri Wan Rosdy, ” katanya.

Terdahulu Wan Rosdy menegaskan usaha yang dilakukan dari menutup kampus UNITEN di Muadzam merupakan perjuangan Barisan Nasional (BN) yang telah dimulakan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis.

Wan Rosdy menepis dakwaan kononnya PN yang berusaha sehingga mengekalkan kampus berkenaan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

BN perjuangkan UNITEN dari dulu bukan PN – Wan Rosdy

Uniten KSHAS dikekalkan

Jatuh kredibiliti TNB kalau tutup UNITEN – Ahmad Azlan

Pahang tak setuju kampus Uniten ditutup

Uniten Muadzam Shah ditutup? KPT tidak pernah terima laporan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast