Lokasi kejadian penemuan rangka mayat di Batu Pahat Tongkang Pechah dua hari lalu masih lagi belum dapat disahkan mayat Bella.

JOHOR BAHRU – Keluarga wanita menafikan laporan sebuah media mengenai cebisan kain yang ditemui di lokasi kejadian berkemungkinan besar milik yang dipakai Bella ketika hilang pada 14 Disember lalu.

Menurut abang ipar mangsa, Mohd Fairuzizan Yusak, setakat ini, keluarga belum diminta dipanggil polis bagi pengecaman barang kes berkenaan.

“Norisham (isteri) saya cakap lain laporan akhbar sampaikan lain, Ayu tak cakap pun dia nampak cebisan kain itu. Tetapi OCPD (Ketua Polis Daerah) beritahu ada kain, jadi laporan salah huraian.

“OCPD cakap pihak polis jumpa kain dan rangka itu,” ringkasnya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu laporan akhbar itu memetik kenyataan kakak Bella, Norisham Samsusah, penememuan pada cebisan kain pada rangka manusia yang tidak sempurna di Tongkang Pechah, Batu Pahat dekat sini baru-baru ini berkemungkinan besar milik Bella.

Norisham berkata, adiknya, Bella atau nama sebenar Mila Sharmilah Samsusah, 32, keluar rumah pukul 11.40 minit malam  hanya memakai baju kaftan biru gelap dan ditemani  teman lelakinya.

Dua hari lalu, polis menemui rangka manusia bersama cebisan pakaian lusuh dalam rumah terbiar kira-kira pukul 2 petang.

Penemuan itu susulan penahanan seorang suspek yang dipercayai teman lelaki Bella membawa polis ke  lokasi berkenaan.

Malam kejadian penemuan rangka itu juga, keluarga Bella turut ke lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya harap rangka ditemui bukan Bella – Norisham