KULIM – Tindakan dua beranak menyorokkan ganja dalam plastik kurier bagi elak dikesan pihak polis gagal selepas mereka ditahan dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Jalan Merak 3c Taman Merak di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim melihat dua lekaki itu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut kira-kira pukul1 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua suspek itu membawa kepada penemuan satu ketulan mampat ganja seberat 1.26 kilogram yang dianggarkan bernilai RM3,906 dalam bungkusan plastik sebuah syarikat kurier.

“Hasil siasatan mendapati dua suspek itu merupakan anak dan bapa. Suspek pertama berusia 22 tahun merupakan bekerja sebagai pembantu syarikat kurier di Padang Serai.

“Manakala suspek kedua pula berusia 52 tahun dan merupakan pengganggur.

“Semakan lanjut mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah manakala suspek kedua positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Azizul, suspek pertama direman sehingga esok manakala suspek kedua sehingga 26 Januari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast