JOHOR BAHRU – Kakak kepada Bella atau Mila Sharmilah Samsusah,32, yang hilang lebih sebulan lalu mengakui teramat sedih dengan berita yang diterima keluarganya mengenai rangka tidak sempurna adalah milik adik mereka.

Norisham Samsusah, 36, yang tidak dapat menahan sebak ketika dihubungi memberitahu, keluarganya redha dengan khabar duka itu.

“Sudah tentu kami tersangat sedih dan pada permulaan kami memang yakin itu Bella kerana ketika pengecaman barang-barang peribadi Bella memang saya yakin dan pasti itu semua miliknya (Bella)

“Kami akan uruskan solat jenazah di Masjid Dato Bentara dan akan kebumikan jenazah di tanah perkuburan di Banang,” katanya.

Polis Johor hari ini mengesahkan penemuan rangka mayat tidak sempurna pada Jumaat lalu di Kampung Batu 7,Tongkang Pechah, Batu Pahat adalah Mila Sharmilah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, melalui laporan polis mendapati hasil analisis ia  sepadan secara biologi dengan sempel yang diambil daripada ibu dan kakak Mila Sharmilah. – MalaysiaGazette