Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) akan terus memantau situasi dan bersedia untuk menyalurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan ekoran kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

“Saya amat berdukacita dengan insiden tanah runtuh yang dilaporkan berlaku pada awal pagi tadi di Cameron Highlands.

“Saya sudah mendapatkan laporan dari JKR dan dimaklumkan kejadian berlaku melibatkan sebuah rumah di Batu 59, Kampung Raja dan mengorbankan seorang mangsa sementara empat yang lain dilaporkan masih hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa membabitkan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut Alexander Nanta, hasil semakan mendapati laluan dan lokasi kejadian bukan berada di bawah seliaan JKR.

Bagaimanapun, menurutnya, JKR turut membantu operasi terutama dalam kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di laluqn masuk kawasan kejadian bagi memudahkan operasi SAR.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tanah runtuh Cameron Highlands: Seorang maut, 4 lagi tertimbus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast