KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala Richter dikesan berlaku di perairan timur Sabah pada 2.11 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak di 6.2 darjah utara dan 118.4 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer iaitu 57 kilometer timur laut dari Sandakan, Sabah.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast