Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini (28 Januari) dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Foto The Royal Johor

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai pemangku Sultan Johor bermula hari ini.

Jumaah Majlis Diraja Johor dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pelantikan ini selama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjalankan kerja-kerja Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, sepanjang tempoh itu, Tengku Mahkota Johor akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Gelaran kehormatan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk persuratan, ucapan dan doa.

Menurutnya, pelantikan itu dibuat di Istana Bukit Serene. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast