KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada di dua negeri mulai esok sehingga lusa.

Kawasan terbabit ialah Sarawak yang merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

Selain itu, hujan berterusan dengan amaran waspada juga dijangka berlaku di Sabah yang melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat pada Khamis, 1 Februari 2024 sehingga Jumaat, 2 Februari 2024.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan,ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – MalaysiaGzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast