MACC MITRA Funds Malaysian Indian Transformation Unit Ministry of National Unity B40
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Pembekuan tersebut susulan siasatan yang dilakukan suruhanjaya itu terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lalu.

Menurut sumber, sebelum ini SPRM menyerbu kediaman dan syarikat seorang ahli perniagaan yang berusian 70-an tersebut dan memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

Tambah beliau, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting yang terdiri daripada agensi kerajaan terlibat dan juga individu-individu daripada syarikat yang mendapat perolehan membekal serta menguruskan fleet kenderaan Kerajaan Malaysia.

“Lebih 100 akaun persendirian dan syarikat bernilai jutaan ringgit yang berada di bawah kawalan Tan Sri berkenaan telah dianalisis bagi melihat trend pemindahan wang kepada individu tertentu.

“Daripada jumlah tersebut, SPRM telah membekukan beberapa akaun yang jumlahnya dianggarkan puluhan juta ringgit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette