Formula 1 akan memperkenalkan reka bentuk baharu kereta lumba menjelang 2021

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan berita mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

“Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang,” menurut Petronas dalam kenyataan hari ini.- BERNAMA