Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis menolak permohonan reman yang dikemukakan polis terhadap tiga anggota trafik yang terlibat dengan kes video tular menerima suapan RM100 daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK). Majistret Siti Nora Sharif menolak permohonan reman yang dibuat Asisten Superintendan Fadli Ahmad terhadap ketiga-tiga suspek itu. Foto ABDULLAH YUSOF, 1 FEBRUARI 2024.

IPOH – Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menolak permohonan reman yang dikemukakan polis terhadap tiga anggota trafik yang terlibat dengan kes video tular menerima suapan RM100 daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK).

Majistret Siti Nora Sharif itu setelah mendengar alasan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Al-Hirzan Mahamad Akhir dan Aqmarul Aqil Ismail

Permohonan terhadap anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Perak itu dibuat Asisten Superintendan Fadli Ahmad bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes berkenaan.

Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

saman rm100 video tular tiga suspek anggota polis trafik saman pelancong UK saman rm100 video tular tiga suspek anggota polis trafik saman pelancong UK
Mahkamah Majistret Ipoh  menolak permohonan reman yang dikemukakan polis terhadap tiga anggota trafik yang terlibat dengan kes video tular menerima suapan RM100 daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK). Foto ABDULLAH YUSOF, 1 FEBRUARI 2024.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 37 hingga 42 tahun itu tiba di mahkamah pukul 1.18 tengah hari dan keluar kira-kira 40 minit kemudian.

Kesemua mereka yang ditahan tiga hari sejak Selasa lalu itu tiba dalam keadaan bergari selain mengenakan pakaian gelap, bertutup kepala dan memakai pelitup muka.

Muhammad Al-Hirzan ketika ditemui memaklumkan, antara alasan permohonan terhadap anak guamnya itu ditolak disebabkan tiada mangsa yang tampil setakat ini selain mempunyai beberapa perkara teknikal lain.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memaklumkan, ketiga-tiga suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan kes tersebut masih diteruskan,” katanya lagi.

saman rm100 video tular tiga suspek anggota polis trafik saman pelancong UK saman rm100 video tular tiga suspek anggota polis trafik saman pelancong UK
Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis menolak permohonan reman yang dikemukakan polis terhadap tiga anggota trafik yang terlibat dengan kes video tular menerima suapan RM100 daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK).Foto ABDULLAH YUSOF, 1 FEBRUARI 2024.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Yusri berkata, kertas siasatan kes telah diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas dilengkapkan.

Terlebih dahulu tular di media sosial rakaman video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan pasangan pelancongan terbabit disaman oleh anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju

Dalam kejadian di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu, anggota berkenaan telah menawarkan bayaran saman dengan menerima suapan RM100 daripada pasangan yang juga pempengaruh YouTube ‘UK Van Lifers’.

Dalam video berkenaan, anggota polis trafik itu memberitahu pasangan tersebut bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (km) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 kilometer

Susulan itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman. – MalaysiaGazette