pekebun kecil getah
Normah Ann yang merupakan warga emas tetapi masih gagah menoreh getah bagi kelangsungan hidup bersama anak dan cucu-cucunya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan dibayar kepada pekebun-pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mulai 1 hingga 19 Februari berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Januari 2024.

Lembaga Getah Malaysia berkata, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.

Menurutya, pada bulan Januari 2024, purata harga di peringkat ladang untuk getah cuplump ialah RM2.90 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia, RM2.55 sekilogram untuk Sabah dan Sarawak.

IPG getah cuplump dan lateks teraktif bagi Januari 2024 di Semenanjung Malaysia ialah 10 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Di Sabah, kadarnya ialah 45 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK dan Sarawak kadarnya ialah 45 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

Manakala, kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast