Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra bersama pelajar pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, Kajang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 01 FEBRUARI 2024.

KAJANG – Ibu bapa yang tidak menerima sepenuhnya wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 daripada pihak sekolah diminta melaporkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Menteri Pendidikan, KPM akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan.

Sekolah yang memotong BAP juga perlu memulangkan amaun yang sepatutnya kepada ibu bapa.

Malah, jika ada sekolah yang memotong BAP juga perlu memulangkan amaun yang sepatutnya kepada ibu bapa.

“Jumlah keseluruhan BAP haruslah diberikan kepada ibu bapa kerana ia adalah bantuan kerajaan untuk meringankan beban persekolahan anak-anak mereka.

“Kalau ada pemotongan minta lapor terus kepada kita (KPM) sebab sebagaimana yang saya sebut jumlah itu mesti diberikan sepenuhnya…kalau ada aduan kita siasat dan jumlah itu (jumlah pemotongan) mesti dikembalikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Selangor di Dewan Chen Choy dan Chin Mooi, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan terdapat rungutan daripada ibu bapa apabila wang bantuan berkenaan dipotong pihak sekolah untuk bayaran tertentu.

Menerusi satu perkongsian di laman X, seorang individu dipercayai ibu bapa yang menggunakan akaun sam_me25 mendakwa anaknya hanya menerima RM50 daripada pihak sekolah ketika proses pengagihan bantuan tersebut.

Dia mendakwa, bantuan awal yang diberi dipotong oleh pihak sekolah untuk bayaran yuran PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan koperasi,

Malah menurutnya, terdapat ibu bapa yang terpaksa merayu untuk mendapatkan jumlah penuh RM150 yang disediakan bagi bantuan tersebut.

Terdahulu, dalam ucapannya, Fadhlina menegaskan agar pihak sekolah menuruti arahan yang dikeluarkan oleh KPM berhubung agihan BAP.

Pada majlis tersebut,  Fadhlina menyerahkan cek cura berjumlah RM 127 3113 600 kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, untuk diagihkan kepada 10 pejabat pendidikan daerah (PPD), melibatkan 933 sekolah di sekitar Selangor.

Prosss pengagihan Bantuan Fasa 1 yang memanfaatkan 848 744 pelajar Tahun 2 sehingga Tingkatan 5 ini akan berakhir pada 9 Februari. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. assalamualikum… tuan puan..saya ibu kepada ank saya. sekolah kebangsaan bandar hilir ..baru pindh dalm satu buln. lepas..sebelum ni sek di sekolah smkebangsaan seri bandar.. saya tnya kepsa cikgu sek ba dar hilir nma abk saya tdk ada dusekolh bndar hilrr krna baru tukar sek. cikgu mnt sya tnya pihk srk seri bandar. .saya telefon. cikgu sek sei bndr dan office. bgtau saya. datg ambk 2.2. 24. .saya sebelum dtg saya telefon office dulu dari pgi tak angkt smpai ptg..saya terus cal cikgu kels ank sya seti bndt pun xangkt. dia hnya ehsp bgtau ,puan berurusan dipejabat.. msa tu petang lepas jumaat saya dtg bwa ank saya naik grab. pergi office ..org office. ckp nma ank sya tdk ada disekolh tu tlh pdm…sya terkejut. eh yaalkh mcm bola sya . sya tekfon xjwb. .dtg bgtau xd.. sya xthu knp diorg mcmtu..sya pijr menyg2la saya org sush snghp buat mcmni sya dtg mcm minta sedkh duut kerjaan bg .tpi xdpt ank sya pemegang kad oku ..tpi… sya org sushm..tpi sya ada hti dan persaan tuan puan.

Comments are closed.