Wan Salim.

GEORGE TOWN – “Sah solat di belakang seorang iman yang fasik atau merokok,” tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Menurut beliau, ia berdasarkan pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh ‘Abdul ‘Aziz Baz sebelum ini.

“Bagaimanapun adalah wajib ke atas kerajaan melantik imam daripada kalangan orang baik-baik dan istiqamah (baik ibadah dan akhlak).

“Dakwaan ustaz itu bahawa rokok mengandungi arak dan unsur khinzir juga perlu disokong dengan bukti berdasarkan kajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung satu video tular di media sosial yang mendakwa solat seorang Muslim tidak sah sekiranya imam tersebut merokok.

Dalam perkembangan sama Wan Salim turut menasihatkan imam-imam yang mempunyai tabiat merokok untuk menghentikan tabiat tersebut.

“Cubalah (imam-imam) hentikan tabiat yang tidak baik ini. Kita mahu menonjolkan imej seorang imam yang boleh dijadikan teladan baik untuk anak-anak jemaah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast